Isnin, 7 Februari 2011

Mendaki Gunung

Salam Sejahtera,dan Salam Satu Malaysia,bagi sesiapa sahaja terutama Ahli KMOC yg ingin menikmati keindahan Gunung jadikanlah , setiap bulan sebagai bulan mendaki Gunung di Negeri Kedah ,iaitu Gunung Jerai, yang menawan sekali bila berada dipuncak, serta dapat merasai udara nyaman dan anda boleh merasai jua kesejukan biarpun waktu  mencecah pukul 1 tgh.Bagi kereta pula mestilah anda memastikan dahulu dari segi brek dan lain lagi untuk tujuan mendaki yang agak mencabar sedikit.

Khamis, 3 Februari 2011

Gunung Jerai Kedah DA.








Salam Sejahtera,Bagi semua Ahli KMOC atau sesiapa saja yg ingin ke Gunung Jerai memang Kereta Mini lah yang paling mencabar semasa kami mendaki tgh hari tadi sampai kereta lain terpaksa berhenti dahulu untuk memberi ruang supaya kami naik dahulu ,anda semua tentu tertanya kenapa,kerana kereta mini begitu laju dan gagah sekali bila mendaki gunung.





























Ahuat ni dia tak raya sebabtu dia ikut saya ke gunung jerai 



Ahad, 30 Januari 2011

XPDC Ke Krabi Thailand


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,

Bagi sesiapa yang berminat untuk ke KRABI Thailand pada cuti penggal kedua Tahun 2011 Terutama Ahli KMOC serta sesiapa saja yg mempunyai Kereta Austin Mini,bolehlah memberi nama kepada Setiausaha KMOC ,untuk tempahan tempat penginapan dan lain-lain lagi bagi tujuan , melancar segala progran seterusnya yang akan diadakan selepas tergendala pada  tahun lalu,semua Ahli hendaklah memahami segala keperluan asas berkaitan dengan perjalanan tersebut memandang  kita akan berhadapan dengan lain-lain keperluan untuk keluar Negara.Saperti Geran Kereta,paspot antarabangsa dan kereta yg memuaskan dengan keadaan selenggara terurus.
Perjalanan melangkaui  lebihkurang 700 km pergi dan balik sahaja dari Bkt, kayu Hitam Kedah,DA.

Sekian ,salam sejahtera dari saya d KMOC Blogspot.

Rabu, 26 Januari 2011

Jelajah Santai Ke Kelantan pada 4 - 5 hb Feb 2011


Salam Sejahtera and Salam Satu Malaysia,
Semua ahli kelab KMOC ,yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha KMOc En Latif di (Sg Petani) atau Penolong Setiausaha KMOC,En Sham di Pendang berkaitan dengan jelajah santai bagi di hujung minggu untuk perjalanan aktiviti tahun 2011.

Tujuan adalah untuk mengeratkan kembali silatulrahim,bagi semua Ahli KMOC,dan sambil berbincang berkaitan dengan program jelajah seterusnya.Yang akan berterusan seperti setiap tahun dihujung tahun 2011.

Semoga semua ahli KMOC dapat meluangkan masa sama-sama untuk mengikuti perjalanan bagi awal tahun ini ,semua ahli KMOC adalah di alu-alukan bersama-sama keluarga.

Khamis, 20 Januari 2011

BERITA KMOC


Salam Sejahtera untuk semua Ahli KMOC serta peminat Kereta Mini seluruh Malaysia dan semua pengunjung yg selalu mengikuti perkembangan berkaitan dengan Kereta Mini.
Saya selaku pencetus cerita KMOC ingin mengalukan sesiapa yg bercadang untuk mengadakan sebarang aktiviti berkaitan dengan kereta mini.Sudah masa berlalu jadi disini saya selaku pembuka kata ingin mengajak semua ahli KMOC serta pengemar kereta mini supaya diadakan suatu Kenival Kereta Mini Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011.
Kalau boleh tu biarlah di kawasan Utara pula saperti di Pulau Pinang,Kelantan,Terengganu,Perlis atau Perak Utara. 
Semoga Cadangan dari saya ini mendapat perhatian dari semua Kelab Kereta mini seluruh Malaysia.Kerjasama dari semua ahli Kelab Kereta Mini seluruh Malaysia sangat-sangat diharapkan.

Sekian Jumpa Lagi.

Khamis, 13 Januari 2011

Salam Sejahtera untuk semua ahli KMOC dan semua peminat Kereta Mini


Memandangkan begitu lama jua kita tidak bersua kini ingin sekali lagi saya mencoretkan buat tatapan semua ahli KMOC serta kepada semua peminat kereta Mini di Seluruh Malaysia.
Menjelang tahun baharu 2011 saya ingin mengucapkan selamat tahun baharu bagi semua penggemar Kereta Mini terutama sekali kepada Ahli KMOc yg sedah lama menyepi diri setelah selesai kembali dari Lumut tempoh hari.

Sabtu, 4 September 2010

Kereta Tunda Terkini Di KMOC untuk sesiapa saja.

Kepada sesiapa yang ingin menunda kereta terutama Kereta MINI & Kereta lain juga anda bolehlah menalipon En Shuib Taman Kenanga Jln Tok Kesop Pekan JItra untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan dengan harga yang berpatutan di talian No 019-4184041 @ 012-4534041