Ahad, 3 Mei 2009

XPDC ke melaka 1&2hb Mei 2009

Assalamulaikum dan salam sejahtera,bersua kita semula untuk tatapan Ahli KMOC serta peminat-peminat Kereta Mini seluruh Malaysia  selepas selesai menyertai XPDC ke Melaka ,serta terima kasih diatas kesudian 7 Ahli Kelab KMOC yang sanggup menjayakan XPDC  ke Melaka biarpun dengan hanya sedikit saja penyertaan dari semua ahli yang ada,melalui berbagai rintangan dan karenah akhirnya XPDC ini berjaya menjelajahi ke Melaka dengan selamat pergi dan balik.Walaubagaimana pun ada juga sedikit kemalangan kepada kereta JId Pomen ,  berlaku pelanggaran disebabkan jalan yang  lincin serta hujan  lebat dalam masa perjalanan pulang ,tetapi kereta berkenaan dapat juga dipandu sehingga sampai kerumah dengan selamat,dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Jid Pomen yang sanggup membaiki semua kereta tanpa sebaran bayaran semasa XPDC ke Melaka. Semoga sampai disini saje cerita buat tatapan Ahli Kelab KMOC,dilain hari saya akan memberi serba sedikit berita-berita yang terkini berkaitan dengan mesyuarat di Melaka diatas cadangan penubuhan KMM(Kelab Mini Malaysia). 



Semasa perjalanan pulang kami sempat singgah sebentar di Pantai Port Dickson untuk menikmati suasana pemandangan indah Laut Cina Selatan yang membiru dengan keadaan angin sepoi sehingga terasa ingin sekali bermalam disini,namun apakandaya bilik semua habis !!!!!disebab hari cuti..










Saya selaku AJK KMOC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bang Tat dari Melaka ,kerana bersusah payah mencari penginapan untuk hari pertama kami disini dan menyediakan malam untuk kami semua.serta begitu juga kepada  En Alvin yang bersusah payah mencari penginapan untuk malam kedua bagi kami Ahli KMOC,serta menjemput kami ke kedainya untuk menyertai pameran kereta mini semperna dengan tahun melawat Melaka.Keadaan semasa kami melalui jalan di Bandaraya pelancongan ini juga begitu sesak sekali  memandangkan pada hari cuti Umum yang diambil kesempatan oleh semua pelancong  yang datang ke Melaka.Pada kunjungan kali ini saya dengan anak juga sempat mengunjungi Menara Taming Sari dan begitu teruja bilamana dapat menikmati pemandangan indah   sekitar Bandaraya Melaka Pelancongan .



























Semasa XPDC kali ini kami melalui berbagai rintangan bermula dengan KD yang tak boleh setat tapi perjalanan diteruskan juga dengan cara kalau nak berjalan tolak aje!!!! dah boleh jalan dan kami cuma ada tukar beteri aje untuk meneruskan perjalanan,Semasa perjalanan di PLUS kereta Can Kotew pula jadi hal ayernye panas,disebabkan oleh pemasangan kipas terbalik,jadi kami terpaksalah berjalan perlahan sadikit.










Pameran Kereta-kereta mini yang datang dari seluruh Malaysia di perkarangan Kedai kereta en Alvin dekat dengan masjid Negeri.













Gambar kenangan semasa perjalanan Ahli Kelab KMOC ke Negeri Melaka pada  1 & 2 hb Mei 2009.Ahli kelab KMOC yang mengikuti jelajah kita kali ini cuma 6 buah kereta sahaja.Jid Pomen dari Jitra,At TNB Jitra(tok wan),Chan Kotew(pak chan),Wan Tmn Bersatu Jitra,Id Kontrektor(rumput)dari Jitra dan saya selaku pemudahcara KMOC Pak Hashim Tmn mahshuri Jitra.Dan ke esokan hari pula abang Jid Pomen turut mengikuti rombongan KMOC juga jadi kesemua rombongan dari Kedah menjadi 7 buah kereta kesemuanya.




























Ahli Kelab juga tidak melepaskan peluang mencuba makanan kegemaran semua pelancong yang datang ke Melaka iaitu masakan Ikan Asam Pedas ,yang menjadi salah satu tarikan pelancongan.


























Hari Pertama kami bermalam di Pangsapuri Kg Portugis Jajahan Ujung Pasir bersebelahan dengan Kg Atap.Pada malam kedua kami bermalam di Golden City pangsapuri di  Pekan Melaka yang tidak jauh dengan Dataran Pahlawan, bersebelahan dengan Menara Taming Sari iaitu mercutanda Bandaraya Melaka Pelancongan terunggul di Pantai Timor.