Selasa, 26 Ogos 2008

Konvoi Karnival "JOM TANGANI STRES'





Kereta-kereta mini dari KMOC yang mengikuti konvoi pada hari tersebut hanyalah lapan buah sahaja yang dapat hadir,pada perancangan awal  lebih kurang 20 buah, tatapi tidak dapat dielakan kerana masaalah tertentu.




Jabatan kesihatan Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kaseh diatas kesudian KMOC  turut serta menyertai Karnival "JOM Tangani Stres"peringkat Negeri Kedah di SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang.

Ahad, 27 Julai 2008

Berita Terkini KMOC


kepada sesiapa yang berminat bolehlah mengikuti En Latif Sg Petani ( Setiausaha KMOC ) untuk ke kemboja pada 21hb 8 2008 dan balik melalui jalan darat atas tujuan pemantauan perjalanan bagi Konvoi KMOC yang telah dirancangkan pada masa mesyuarat dahulu.

Isnin, 10 Mac 2008

BERITA TERKINI KMOC


Pengerusi KMOC yang baru dilantik telah memohon mengundur diri (meletak Jawatan Sebagai Pengerusi KMOC serta keluar dari menjadi Ahli Kelab mini Negeri Kedah ) memandangkan atas sebab-sebab tertentu , beliau memohon seribu kemaafan sekiranya ada salah dan silap secara sedar ataupun tidak kepada semua ahli kelab mini selama beliau menjadi Timbalan sehinggalah ke jawatan Pengerusi.

Ahad, 2 Mac 2008

Berita Terkini KMOC






Mesyuarat Pada 29 hb Feb 2008
Tempat: Pusat Promosi Kesihatan JKN Kedah

Mesyuarat dijalankan bagi memilih AJK baru untuk tahun 2008/2009
Perkara berbangkit telah diajukan dengan jayanya dan sebulat suara semua jawatan telah dipilih, mengganti jawatan yang sedia ada.

Ahli Kelab mini dengan sebulat suara telah memilihTuan Hj Zainol Bin salleh
sebagai Penasihat ( KMOC ) Kelab Pemilik Kereta Mini Negeri Kedah
( Bekas Pengerusi yang Lama) Sg Petani

Pengerusi En Ahmad Jalani bin Ismail Kbg Pasu

Timbalan Pengerusi En Md Saad bin Adnan( kastam)Kbg Pasu

Setiausaha En Abd Latif bin Zainudin Sg Petani

Timbalan setiausaha En Hishamudin bin Hashim Pendang

Bendahari En Loo Ming Kuang Sg Petani

AJK Rekreasi En Sobri@Saad bin Ismail Kbg Pasu ( Bree Bawang )

AJK Kebajikan@Infomasi En Hashim Bin Man Kbg Pasu


AJK Ekonomi En Halimi bin Adnan Pendang

AJK Sosial En Nazarudin bin Yusof Kbg Pasu

AJK Keselamatan En Khairul Anuar bin Halim ( At Tnb ) Kbg Pasu

AJK Seranta En Mohd Zahir bin Said Kota Star ( At cat )

Pemeriksa Kira-kira I: En Dahari Sg Petani

Pemeriksa Kira-kira II: Tuan HJ Said bin Ishak Pendang (Bang Id )

Bagi tuan-tuan yang ingin menjadi ahli sila hubungi En latif No Tel :012-4943178

berita KMOC

Mesyuarat berkaitan dengan KMOC telah berjalan dengan lancarnya pada terikh 29hb Feb 2008
semua ahli yg hadir dengan begitu bersemangat sekali telah memileh Ahli Jawatankuasa yang baru.

Pengerusi yang baru En Jalani mensarankan semua ahli temasuk dirinya sendiri agar mengambil tindakan yang sewajarnya setelah semua selesai agar KMOC berjaan dengan jayanya pada

senarai nama ahli KMOC sejak ditubuhkan


Ahad, 24 Februari 2008

Mesyuarat di Pusat Promosi Kesihatan

tidak dapat dijalan kan memandangkan Ahli kelab tidak dapat menghadiri untuk beramai-ramai pada hari ini
Jadi terpaksa ditangguh pada suatu hari yang tak ditentukan lagi pada 1hb mac pun tak dapat dialankan kerana ada satu program di UTM Perak

Semua ahli yang beminat boleh menghubungi En latif Setiausaha Kelab Mini
Tempat : Dewan Mini 1 Falkuti Pengurusan dan Teknoloji Pejabat
Masa : 9.00pgi - 5.00petang


tarikh mesyuarat agong kali kedua pada

29hb February 2008
tempat Pusat Promosi Kesihatan
Hadapan Ahmadiah Restoren
Lebuhrara Sultan Abdul Halim
Tepi Hospital Alor Star.

Semua ahli kelab mini diwajibkan hadir pada kali ini.

Khamis, 21 Februari 2008

EXPDC Endau Rompin

Memori Ekspedisi Endau Rompin
Ekspedesi ini telah dirancang selama lebih kurang dua bulan,beberapa pertemuan telah diadakan diantara ahli kelab dan akhirnya satu tarikh iaitu 10 hb Mac 2006 telah dipilih dan menjadi realiti yang ditunggu-tunggu oleh peserta,Pada asalnya cadangan sebanyak 20 buah kereta tetapi turun kepada 17 buah dan akhir sekali 12 buah kereta mini dan sebuah kereta Honda yang bertindak sebagai recovery vehicle,Syabas diucapkan kepada semua pemilik kereta tersebut iaitu,KG,AH,BAF,KF,PT,BAE,KJ,KD,WJ,PP,MF,PQ dan PFJ yang telah mengharungi perjalanan sejauh 1800km.

Hari Pertama ( 10 Mac)





Peserta berkumpul dihentian Sg Muda seramai 41 orang peserta bersma 13 buah kenderaan.Satelah selesai segala taklimat dan bacaan doa oleh tuan HJ rahim JPJ perjalanan pun bermula tepat jam 8.20 pagi melalui lubuhraya utara selatan dan berhenti seketika di R&R Bkt Merah.Untuk menikmati sarapan pagi dan menyambung perjalanan menuju ke Ipoh.dan keluar di tol Changkat Jering.2 buah kereta mini dari Taiping tidak dapat mengikut kerana ada masaalh .Perjalanan diteruskan menyusuri jalan lama ke Kuala kangsa dan Masuk semula ke lebuhraya PLAS.Kereta MF telah kehabisan minyak sebelum sampai di teowong Menora.jadi terpaksa ahli kelab memberi bantuan pula.sampai di Tol Ipoh Selatan jam 11.50 pagi kami disambut oleh En Kamal Amri dan En Roslan.Konvaoi terus keluar ke Tol Spg Pulai dan jamuan ringan yg dihoskan oleh En kamal dinikmati bersama.Salepas berehat 30 minit perjalanan diteruskan sehingga ke R&R Ulu Bernam untuk berehat dan mengisi minyak.Kelajuan kenderaan 100kmj.Perjalanan diteruskan setelah berehat selama 30 minit.Melalui Lubuhraya Guthrie dimana terpaksa berhenti 4 x untuk membayar tol.Kemudian masuk lubuhraya Kesas untuk ke Seremban dan sampai disana pukul 5 ptg.Perjalanan diteruskan melalui kesesakan bandar Seremban dan disini konvoi terpisahmenjadi dua,satu didahului oleh kereta PQ dan satu lagi kereta BAF bagaimanapun 15 minit kemudian bertemu semula.Dan meneruskan perjalanan ke Jelebu.Sampai di Jelebu jam 6 ptg disamping jamuan ringan telah disediakan.Terima kaseh kepada Tuan HJ Ahmad sekeluarga.

Para peseta berehat dan ada yang memilih untuk bermalam di Hotel Sri Klawang dan ada yang ingin tidur di Rumah Ketua Konvoi.Jamuan makan malam dan minun pagi disediakan oleh Setiausaha Politk YB Menteri Dato Dr Rais Yatim(Tuan Hj zainudin Ismail).

Hari Kedua (11 Mac)


saperti yang dijanjikan pukul 9 pagi peserta telah berada dipekan Kuala Klawang(Jelebu) untuk menikmati sarapan pagi.sesi bergambar dan ucapan terima kaseh semua hali kelab untuk Tuan Hj zainudin.Jam 9.40 pagi konvoi meneruskan perjalanan ke Hospital Daerah Jelebu yg terletak kira-kira 3km dari Pekan Klawang.Ketibaan kami disambut oleh Pengarah Hospital Dr Harlina Abd Rashid dan Sister Maimun Zakaria.Kami dibawa melawad ke Wad kanak-kanak dan wad wanita.dimana sedikit sumbangan dari Kelab Mini Negeri Kedah.Setelah selesai bergambar kenangan dengan kakitangan dan Pengarah Hospital.Hampir sejam disitu kami meneruskan perjalanan menuju Endau Rompin di Johor.lebih kurang 215 km perjalanan.Konvoi dihidangkan dengan perjalanan yang berliku yang sememangnya disukai oleh semua peserta konvoi.Di pertengahan jalan kami berselisih dengansatu kovoi kecil kereta mini Clubman( 4 buah ).Sayangnya kami tidak sempat berkenalan dan hanya berbalas lambaian sahaja...Very excited.Perjalanan terhenti sebentar dijalan berliku dibukit Petasih kerana kereta WJ terbatuk-batuk tetapi dengan adanya pakar dan peralatan,penyakit itu mudah diatasi.Perjalanan diteruskan melalui pekan-pekan kecil di Pertang,Simpang Pertang,dan Sarting sabelum sampai ke simpang bandar baru Serting,yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Jempol.Spg ini menghubungi  Daerah Pekan Bahau,Kemayan Pahang dan Lebuhraya Kuantan - Segamat melalui gugusan Felda Keratogn.Makan tengah hari direstoren Keratong.Peserta amat berpuas hati melalui jalan lurus dan  turun naik walaupun sekali sekala  hidung dicemari bau getah  yg diangkut oleh lori Felda.Jam 3.30ptg kamisampai di Bandar Muadzam Shah.Disini kami semua memenuhkan tangki distesyen Petronas.Berihat seketika dan menyambung semula perjalanan  dengan kelajuan 110 hinng 130 km per jam.bukan apa untuk menghilangkan mengantuk aje.Perjalanan kali ini menyeronokan kerana cuaca redup tahbah pula jalan yang luas jadi dapat menikmati pemandangan yag indah.Sejam kemudian kami semua sampai dipersimpangan Rompin - Pekan .berhenti dihadapan Lanjut Golf untuk sesi bergambar kenangan.semasa disini penduduk setempat ada yang datang melihat konvoi ini serta ada juga kenderaan yang berlalu berhenti untuk bergambar dengan kami.serta ada juga yang melambai bila melaui melepasi kami...oh ..very excited kita.Akhirnya kami sampai di Kuala Rompin setelah menyusuri jalan sepanjang sg Rompin.Hanya sungai ini sajalah  yang menjadi pemisah  antara pekan Kuala Rompin dan Endau.Jarak diantara Pekan Endau dengan tempat penginapan yang kami tuju 25 km sahaja.Semasa  berada diatas jambatan Sg Rompin kami berselisih dengan sebuah kereta mini merah dipandu oleh seorang lelaki yang berjanggut.Jam 5 ptg kami sampai di Endau Beach Resort yg terletak ditepi pantai menghadap laut cina selatan.Kebanyakan peserta memilih untuk berkemah sahaja dan 4 bilik saja yang ditempah.Dalam masa sebok memasang kemah kereta mini merah tadi yang dipandu Abang Ariff dari Kelab Mini Bt Pahat/ Muar dan menaymbut kedatangan kami.Kami ucapkan terima kaseh kepada beliau kerana memberi sedikit saguhati untuk jamuan kami semua disini.kami juga dikejutkan oleh tetamu yang tak diundang pada petang tersebut dan peserta terpaksa memagar dengan kereta supaya tiada gangguan pada malam tersebut.Pihak Resort juga bertungkuslumus menyediakan kawalan keselamatan dan menyediakan makan malam untuk semua peserta pada malam dan sebagainya.

Selepas sembahyang maqrib BBQ bermula ada peserta sendiri yang sukarela membakar udang,sotong ikan dan ayam untuk jamuan pada malam tersebut.setelah semua kekenyangan jadi ketempat tidor didalam kemah dituju oleh semua peserta XPDC kali ini.Alhamdulillah tiada apa yang berlaku pada malam tersebut,semua peserta tidur dengan nyenyak sambil dibuai mimpi sehingga kepagi.









XPDC Kedah ke Kemboja

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti XPDC Kedah Kemboja
sila menhubungi Setiausaha Kelab Pemilik Kereta Mini Negeri Kedah

No Tel : 0124943178 En Latif

Mesyuarat kelab mini akan diadakan pada
Tarikh:23hb Feb 2008
Tempat: Bangunan Promosi Kesihatan
( Depan Ahmadiah Rstoren
Lubuhraya Sultan Abd Halim
Aor Star.Kedah .)