Ahad, 17 Januari 2010

LAWATAN KE KELANTAN 14.HB JAN 2010


Gambar kenangan Ke Negeri Kelantan dan Ke Bengkel Che Wan Ali yang berlaku kebakaran pada 1 hb Januari 2010.












Harap maaf gambar tak berapa jelas cuma dengan talipon saja yang tangkap



































Assalamualaikum,setelah sekian lama saya menyepikan diri untuk berita selepas pulang dari Melaka tempoh hari ,kini baru ada sedikit ruang untuk saya mencoretkan berita buat tatapan semua Ahli KMOC maupun seluruh peminat kereta Mini di Malaysia .

Pada Khamis 14hb January 2009 Ahli Kelab Kereta Mini Negeri Kedah telah bertolak jam 9 malam dari Sg Petani menuju ke Negeri Kelantan. 8 kereta mini dan sebuah kereta 4X4 ( 3 dari Kbg Pasu iaitu saya sendiri serta Wan,dan Bree bawang,3 dari Pendang iaitu Sham,Jef serta bang Id dengan 4x4 ,dan Sg Petani EN Latif Setiausaha KMOC,bang Me TNB serta Chegu ).Kami bermalam di Nora Batik Rumah Tumpangan PCB yang begitu selesa serta  bayaran pun cukup murah.Pada pagi ke esokanya kami semua dikejutkan oleh sebuah Lori 6 tan yang dipandu sendiri Oleh Pengerusi KMOC  iaitu En Jalani serta En Suib Ahli KMOC. Kebetulanya mereka berdua datang atas urusan perniagaan .Semua Ahli KMOc bersama-sama semua minum pagi di Warong yang bersebelahan dengan penginapan kami yang di hoskan oleh En Shuib.Selesai saja minum disitu jam 11 tgh kami  Ahli KMOC  terus bertolak  ke Bengkel serta Kediaman En Wan Ali yang berlaku kebakaran pada 1.1.2010 yang lalu. 
Susulan dengan lawatan tersebut Ahli Kelab Mini Negeri Kedah telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi tujuan untuk mengurangkan bebanan .
Kami bagi semua Ahli Kelab Mini Negeri Kedah mengharapkan supaya beliau dapat menghadapi semua dugaan yang telah berlaku ini dengan hati yang tabah.Serta Ahli Kelab mengharapkan agar che Wan dapat meneruskan kembali perniagaan dengan azam yang baru.