Khamis, 21 Februari 2008

EXPDC Endau Rompin

Memori Ekspedisi Endau Rompin
Ekspedesi ini telah dirancang selama lebih kurang dua bulan,beberapa pertemuan telah diadakan diantara ahli kelab dan akhirnya satu tarikh iaitu 10 hb Mac 2006 telah dipilih dan menjadi realiti yang ditunggu-tunggu oleh peserta,Pada asalnya cadangan sebanyak 20 buah kereta tetapi turun kepada 17 buah dan akhir sekali 12 buah kereta mini dan sebuah kereta Honda yang bertindak sebagai recovery vehicle,Syabas diucapkan kepada semua pemilik kereta tersebut iaitu,KG,AH,BAF,KF,PT,BAE,KJ,KD,WJ,PP,MF,PQ dan PFJ yang telah mengharungi perjalanan sejauh 1800km.

Hari Pertama ( 10 Mac)





Peserta berkumpul dihentian Sg Muda seramai 41 orang peserta bersma 13 buah kenderaan.Satelah selesai segala taklimat dan bacaan doa oleh tuan HJ rahim JPJ perjalanan pun bermula tepat jam 8.20 pagi melalui lubuhraya utara selatan dan berhenti seketika di R&R Bkt Merah.Untuk menikmati sarapan pagi dan menyambung perjalanan menuju ke Ipoh.dan keluar di tol Changkat Jering.2 buah kereta mini dari Taiping tidak dapat mengikut kerana ada masaalh .Perjalanan diteruskan menyusuri jalan lama ke Kuala kangsa dan Masuk semula ke lebuhraya PLAS.Kereta MF telah kehabisan minyak sebelum sampai di teowong Menora.jadi terpaksa ahli kelab memberi bantuan pula.sampai di Tol Ipoh Selatan jam 11.50 pagi kami disambut oleh En Kamal Amri dan En Roslan.Konvaoi terus keluar ke Tol Spg Pulai dan jamuan ringan yg dihoskan oleh En kamal dinikmati bersama.Salepas berehat 30 minit perjalanan diteruskan sehingga ke R&R Ulu Bernam untuk berehat dan mengisi minyak.Kelajuan kenderaan 100kmj.Perjalanan diteruskan setelah berehat selama 30 minit.Melalui Lubuhraya Guthrie dimana terpaksa berhenti 4 x untuk membayar tol.Kemudian masuk lubuhraya Kesas untuk ke Seremban dan sampai disana pukul 5 ptg.Perjalanan diteruskan melalui kesesakan bandar Seremban dan disini konvoi terpisahmenjadi dua,satu didahului oleh kereta PQ dan satu lagi kereta BAF bagaimanapun 15 minit kemudian bertemu semula.Dan meneruskan perjalanan ke Jelebu.Sampai di Jelebu jam 6 ptg disamping jamuan ringan telah disediakan.Terima kaseh kepada Tuan HJ Ahmad sekeluarga.

Para peseta berehat dan ada yang memilih untuk bermalam di Hotel Sri Klawang dan ada yang ingin tidur di Rumah Ketua Konvoi.Jamuan makan malam dan minun pagi disediakan oleh Setiausaha Politk YB Menteri Dato Dr Rais Yatim(Tuan Hj zainudin Ismail).

Hari Kedua (11 Mac)


saperti yang dijanjikan pukul 9 pagi peserta telah berada dipekan Kuala Klawang(Jelebu) untuk menikmati sarapan pagi.sesi bergambar dan ucapan terima kaseh semua hali kelab untuk Tuan Hj zainudin.Jam 9.40 pagi konvoi meneruskan perjalanan ke Hospital Daerah Jelebu yg terletak kira-kira 3km dari Pekan Klawang.Ketibaan kami disambut oleh Pengarah Hospital Dr Harlina Abd Rashid dan Sister Maimun Zakaria.Kami dibawa melawad ke Wad kanak-kanak dan wad wanita.dimana sedikit sumbangan dari Kelab Mini Negeri Kedah.Setelah selesai bergambar kenangan dengan kakitangan dan Pengarah Hospital.Hampir sejam disitu kami meneruskan perjalanan menuju Endau Rompin di Johor.lebih kurang 215 km perjalanan.Konvoi dihidangkan dengan perjalanan yang berliku yang sememangnya disukai oleh semua peserta konvoi.Di pertengahan jalan kami berselisih dengansatu kovoi kecil kereta mini Clubman( 4 buah ).Sayangnya kami tidak sempat berkenalan dan hanya berbalas lambaian sahaja...Very excited.Perjalanan terhenti sebentar dijalan berliku dibukit Petasih kerana kereta WJ terbatuk-batuk tetapi dengan adanya pakar dan peralatan,penyakit itu mudah diatasi.Perjalanan diteruskan melalui pekan-pekan kecil di Pertang,Simpang Pertang,dan Sarting sabelum sampai ke simpang bandar baru Serting,yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Jempol.Spg ini menghubungi  Daerah Pekan Bahau,Kemayan Pahang dan Lebuhraya Kuantan - Segamat melalui gugusan Felda Keratogn.Makan tengah hari direstoren Keratong.Peserta amat berpuas hati melalui jalan lurus dan  turun naik walaupun sekali sekala  hidung dicemari bau getah  yg diangkut oleh lori Felda.Jam 3.30ptg kamisampai di Bandar Muadzam Shah.Disini kami semua memenuhkan tangki distesyen Petronas.Berihat seketika dan menyambung semula perjalanan  dengan kelajuan 110 hinng 130 km per jam.bukan apa untuk menghilangkan mengantuk aje.Perjalanan kali ini menyeronokan kerana cuaca redup tahbah pula jalan yang luas jadi dapat menikmati pemandangan yag indah.Sejam kemudian kami semua sampai dipersimpangan Rompin - Pekan .berhenti dihadapan Lanjut Golf untuk sesi bergambar kenangan.semasa disini penduduk setempat ada yang datang melihat konvoi ini serta ada juga kenderaan yang berlalu berhenti untuk bergambar dengan kami.serta ada juga yang melambai bila melaui melepasi kami...oh ..very excited kita.Akhirnya kami sampai di Kuala Rompin setelah menyusuri jalan sepanjang sg Rompin.Hanya sungai ini sajalah  yang menjadi pemisah  antara pekan Kuala Rompin dan Endau.Jarak diantara Pekan Endau dengan tempat penginapan yang kami tuju 25 km sahaja.Semasa  berada diatas jambatan Sg Rompin kami berselisih dengan sebuah kereta mini merah dipandu oleh seorang lelaki yang berjanggut.Jam 5 ptg kami sampai di Endau Beach Resort yg terletak ditepi pantai menghadap laut cina selatan.Kebanyakan peserta memilih untuk berkemah sahaja dan 4 bilik saja yang ditempah.Dalam masa sebok memasang kemah kereta mini merah tadi yang dipandu Abang Ariff dari Kelab Mini Bt Pahat/ Muar dan menaymbut kedatangan kami.Kami ucapkan terima kaseh kepada beliau kerana memberi sedikit saguhati untuk jamuan kami semua disini.kami juga dikejutkan oleh tetamu yang tak diundang pada petang tersebut dan peserta terpaksa memagar dengan kereta supaya tiada gangguan pada malam tersebut.Pihak Resort juga bertungkuslumus menyediakan kawalan keselamatan dan menyediakan makan malam untuk semua peserta pada malam dan sebagainya.

Selepas sembahyang maqrib BBQ bermula ada peserta sendiri yang sukarela membakar udang,sotong ikan dan ayam untuk jamuan pada malam tersebut.setelah semua kekenyangan jadi ketempat tidor didalam kemah dituju oleh semua peserta XPDC kali ini.Alhamdulillah tiada apa yang berlaku pada malam tersebut,semua peserta tidur dengan nyenyak sambil dibuai mimpi sehingga kepagi.









XPDC Kedah ke Kemboja

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti XPDC Kedah Kemboja
sila menhubungi Setiausaha Kelab Pemilik Kereta Mini Negeri Kedah

No Tel : 0124943178 En Latif

Mesyuarat kelab mini akan diadakan pada
Tarikh:23hb Feb 2008
Tempat: Bangunan Promosi Kesihatan
( Depan Ahmadiah Rstoren
Lubuhraya Sultan Abd Halim
Aor Star.Kedah .)