
Bersua kita kembali setelah lama saya menyepi berkaitan dengan cerita KMOC tahun 2010.
Kelab Kereta Mini Negeri Kedah bercadang menganjurkan Jelajah menyusuri jalan dari Bkt Kayu Hitam Negeri Kedah Darul Aman menuju ke Segenting Kera di Thailand pada tarikh 15 hb hingga 25 hb Disember 2010.
Kepada semua ahli Kelab Kereta Mini di Negeri seluruh Malaysia bolehlah menghubungi Setiausha KMOC En Latit di talian 0124943178 untuk mengetahui selanjutnya berkaitan dengan Jelajah tersebut.
Untuk pengetahuan tuan-tuan, KMOC telah menerima satu jemputan dari Kelab Kereta Mini Bangkok yang berbesar hati sudi menerima kunjungan Kelab Kereta Mini dari Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam Jelajah ini sehingga kedistinasi yang akan kita lalui nanti.
Perbelanjaan minyak adalah aggaran sebanyak RM1,200.00 sahaja.Ini diambilkira kerana minyak di Thailand melebihi dari minyak dimalaysia harganya.
Penginapan semasa perjalanan adalah sangat berpatutan harganya mengikut perangkaan dari Kelab Kereta Mini Bangkok.
Sekian Salam dari saya untuk semua Ahli KMOc serta kelab-kelab Kereta mini seluruh malaysia,
Jumpa lagi dilain masa.